Kundasang, Kota Kinabalu, Ranau, Tawau

Panduan Bercuti ke Sabah

Percutian ke Sabah paling ideal adalah minimum 4 hari 3 malam. Boleh sekiranya nak buat jadi 3 hari 2 malam. Tapi percutian jadi tak seronok sebab jadual terlalu pack dan badan jadi penat sebab tak cukup rehat. Sebab itulah saya nak kongsikan panduan bercuti ke Sabah untuk 4 hari 3 malam.

Persiapan Sebelum Bercuti

Kereta Sewa dan Hotel

Bila dah dapat tarikh untuk bercuti ke Sabah ni, perkara pertama sekali kena buat adalah cari dan book kereta sewa dan hotel.

Hotel pulak bergantung kepada jadual atau itinerary percutian anda. Saya akan kongsikan itinerary lengkap percutian selama 4 hari 3 malam kat hujung artikel ni. Tapi sebelum tu, saya kongsikan secara ringkas pengalaman bercuti ke Sabah secara ringkas dahulu.

Aktiviti hari pertama: ketibaan di Kota Kinabalu Sabah

Waktu yang sesuai dan ideal untuk tiba di Sabah Airport adalah jam 5-6 petang. Maksudnya perlu ambil flight jam 2.30 – 3.30 petang dari KLIA. Kenapa?

Supaya anda tak terkejar-kejar untuk sampai ke Airport. Bangun pagi dah boleh pelan-pelan bersiap dan terus menuju ke KLIA1/KLIA2. Sampai di airport awal dalam jam 10 – 11 pagi dan relaks. Cuba bayangkan kalau ambil flight 9 pagi dari KLIA? Dah tentu perlu bersiap lebih awal lagi.

Sampai di Sabah lebih kurang jam 5-6 petang, boleh terus guna kereta sewa yang dihantar ke Aiport KKIA untuk menuju ke hotel atau homestay. Lepas mandi dan simpan barang, bolehlah keluar berjalan-jalan di sekitar Bandar Kota Kinabalu. Boleh pergi ke Pasar Filipin, atau Anjung Senja dan Todak Waterfront untuk makan seafood. 

Itu sahaja aktiviti yang boleh dibuat pada hari pertama tiba di Kota Kinabalu Sabah. Sebelah malam tu berehat secukupnya di hotel atau homestay. Esok paginya selepas sarapan dalam jam 7-8 pagi dah boleh check out hotel dan bergerak ke Kundasang.

Sarapan Pagi Hari Kedua

Sarapan pagi di Hotel atau kedai makan sekitar Kota Kinabalu.

Biasanya saya akan sarankan kawan-kawan saya yang datang ke Sabah untuk bergerak ke Kundasang seawal 5 pagi. Tapi bagi mencapai objektif percutian yang santai, saya susun balik jadual dan sebenarnya boleh bergerak ke Kundasang jam 9 pagi.

Check out dari hotel atau homestay dalam jam 7-8 pagi, dan sarapan di kedai Tok Mie atau kedai makan lain yang anda rasa ok. Setakat nak fast food memang ada banyak. Tapi untuk sarapan pagi, saya boleh cadangkan restoran Tok Mie yang terletak di Sadong, Kota Kinabalu.

Saya cadangkan kedai ni sebab makanan yang disediakan ada pelbagai. Barulah selera kalau nak pilih makanan. Saya yang jenis tak makan waktu pagi pun boleh terjebak sarapan pagi di Restoran Tok Mie ni. Tapi kalau ada sarapan di hotel, boleh sarapan dahulu sebelum check out dan bergerak ke Kundasang.

Perjalanan ke Kundasang

Selesai je sarapan pagi (di hotel atau kedai makan), terus bergerak ke Kundasang. Sepanjang perjalanan dari Bandar Kota Kinabalu ke Kundasang, ada beberapa tempat yang anda boleh singgah. Antaranya Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, BW Bus Restaurant, dan lain lain. Termasuk Stesen Petronas sekiranya hendak berhenti tambah stock makanan dan minuman untuk perjalanan.

Seeloknya tak perlu berhenti di semua tempat tadi. Dikhuatiri nanti sampai lambat ke Kundasang. Setakat nak berhenti di Nabalu Market, memang ok sebab jaraknya dengan Kundasang dah dekat.

Setibanya di Kundasang,  boleh terus berhenti sebentar di roundabout Pekan Kundasang dan menikmati pemandangan di situ. Kemudian terus ke kedai Makan Sayap Pak Ali untuk makan tenghari sebelum teruskan perjalanan ke beberapa tempat di sekitar Kundasang dan Ranau.

Kedai Makan Sayap Madu Wak Ali di Pekan Kundasang

Tempat-tempat menarik di Kundasang

Masa adalah sangat terhad untuk anda pergi ke semua tempat. Jadi saya senaraikan beberapa tempat yang wajib datang sekiranya ke Kundasang. Lupakan dulu Poring Hot Spring, Sabah Tea Garden, Kg Luanti Fish Spa sebab Kundasang ada banyak lagi tempat lain yang menarik untuk dilawati.

Sekiranya dari Kota Kinabalu jam 9 pagi, anda dijangka sampai ke Kundasang dalam jam 10.30 – 11 pagi. Manfaatkan masa yang ada untuk pergi ke tempat-tempat yang saya senaraikan di bawah ini. Rasanya cukup sampai jam 6 petang untuk habiskan masa sebelum berehat di Chalet atau Guest House di sekitar Kundasang ni.

War Memorial

Tiket RM4

Di tengah Pekan Kundasang

Mini Zoo Bom Bon

PERCUMA*

Guna tiket Marakau Bom Bon Fish Spa

Kundasang Dairy Farm

RM5

Biasanya orang datang ke sini sebab pemandangan yang nyaman dan nak makan aiskrim gelato yogurt.

Marakau Bom Bon

Tiket RM3

Tiket Boleh digunakan sekali untuk masuk Mini Zoo

Ranau Rabbit Farm

RM3

Selain banyak arnab yang comel, kawasan ni cantik untuk bergambar.

H. Benjamin Resindent

PERCUMA

Ini kawasan resort, tapi orang awam boleh datang dan bergambar di sekitar sini.

Penginapan di Kundasang

Terima kasih sebab masih membaca sampai perenggan ini. Saya teruskan perkongsian pemilihan penginapan. Untuk penginapan, anda boleh pilih Chalet-chalet dan Guest House yang banyak sekitar Kundasang. Kalau dulu saya memang cadangkan Kiram Village, tetapi memandangkan kebiasaannya chalet tersebut selalu penuh, suka saya recommend Kinabalu View Guest House. Memang berbaloi dan tak ramai orang tahu tempat ni.

Harga penginapan? Sangat murah. Bawah RM100 untuk bilik yang selesa, bersih dan kawasan parking yang luas.

PENTING!

Booking Guest House di Kundasang seawal anda plan jadual perjalanan percutian ke Sabah. Dikhuatiri sekiranya anda walk-in, tiada Guest House yang kosong.

Aktiviti Malam di Kundasang

Saya faham, mesti penat seharian pergi ke tempat-tempat menarik di Kundasang kan? Tapi jangan ambil kesempatan untuk berehat di penginapan sepanjang malam tu. Perut mesti lapar, jadi saya sarankan bersiap seawal jam 7 malam (Isyak) dan terus pergi makan malam.

Ada 2 tempat makan sekitar Pekan Kundasang yang sedap. Sama ada anda makan di kedai makan di Walai Tokou atau kedai makan Intan Cafe & Restaurant yang sangat dekat dengan Kinabalu View Guest House. Menu wajib di Kundasang ni tak kira siang atau malam, adalah Sayap Ayam Madu.

Lepas makan malam, tiada sebarang aktiviti ke tempat-tempat lain sekitar Kundasang. Aktiviti melawat tamat jam 6 petang. Waktu malam hanya untuk makan malam dan berborak dengan kawan-kawan sahaja. Kundasang sangat sunyi dan damai selepas jam 9 malam. 

Gunakan Pakej Untuk Bercuti ke Sabah untuk pengalaman lebih indah

Selamat Bercuti

Sekali Datang Sabah, selamanya teringat-ingat

Pengalaman datang bercuti ke Sabah memang akan jadi kenangan terindah dalam hidup anda. Saya dan keluarga sendiri kerap ke Sabah kerana keindahan suasana dan budaya masyarakat di sini.

"Most amazing I ever had!!"
- Bryan G
"Amazing taste, and juicy steaks!! Best ever!!"
- Laura Petracio
"I always visit here, and they always surprise me."
- Harold Z
"A must visit for every steak lover"
- Laura Petracio